Tuesday, July 16, 2024
HomeBERITAKerajaan zahir penghargaan terhadap rakyat Malaysia patuh PKP

Kerajaan zahir penghargaan terhadap rakyat Malaysia patuh PKP

Hari ini merupakan hari kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketiga dilaksanakan berterusan selama 14 hari.

Dalam kesempatan ini, kerajaan menzahirkan penghargaan kepada rakyat yang masih bersabar dan terus menyokong kerajaan meneruskan PKP ketiga walaupun telah sebulan terikat dengan PKP fasa pertama dan kedua.

Menteri Pertahanan dalam satu kenyataan berkata beliau mewakili kerajaan ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada rakyat yang patuh kepada arahan PKP.

“Kita mengharapkan lebih kurang tiga peratus yang masih berdegil dan melanggar PKP supaya patuh kepada arahan ini,” ujarnya.

Beliau turut mendedikasikan ucapan itu kepada seluruh barisan hadapan negara iaitu petugas-petugas kesihatan yang terdiri daripada doktor, jururawat, kakitangan hospital, pihak polis, tentera, APM, RELA, petugas Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Penjara Malaysia, petugas media dan semua yang terlibat.

Hal ini juga termasuk petugas-petugas belakang tabir seperti pekerja pembersihan yang bersama-sama menangani krisis COVID-19.

“Saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia, marilah kita bersama-sama tanpa mengira kaum, bangsa malah tanpa mengira fahaman politik untuk berganding bahu dalam memerangi COVID-19.

“Semoga rantaian ini dapat kita putuskan dan kita sama-sama berjaya menamatkan PKP yang sedang dilaksanakan,” ucap beliau.

TERIMA KASIH RAKYAT MALAYSIA YANG PATUH PKPKita mampu lakukannya demi mencegah penularan wabak COVID19. Teruskan…

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Rabu, 15 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments