Tuesday, July 16, 2024
HomeBERITAKerajaan rangka Pelan Pemulihan Ekonomi jangka pendek dan sederhana

Kerajaan rangka Pelan Pemulihan Ekonomi jangka pendek dan sederhana

Menteri Kewangan, Dato’ Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menzahirkan rasa terima kasih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana memberi amanah dan tanggungjawab kepada Kementerian Kewangan yang akan bekerjasama rapat dengan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE) – untuk merangka Pelan Pemulihan Ekonomi yang menyeluruh.

“Dalam masa terdekat, tumpuan Kementerian Kewangan adalah kepada usaha-usaha jangka pendek dan sederhana, yang perlu diambil dalam tempoh PKP dan selepas tamatnya PKP demi memastikan kelangsungan ekonomi serta kesejahteraan rakyat.

“Dalam masa yang sama, kerajaan juga akan merangka strategi jangka panjang yang akan merangkumi langkah-langkah untuk melestarikan teras ekonomi, alam, dan sosial Malaysia.

“Teknologi digital akan memainkan peranan yang penting dalam memastikan kelestarian dan daya saing negara di masa hadapan”, ujar beliau dalam satu kenyataan media.

Tambah beliau lagi, antara objektif jangka masa pendek dan sederhana yang disasarkan adalah termasuk :

1. Membina keupayaan perniagaan dan individu

2. Menanamkan keyakinan di kalangan pengguna serta

3. Memperkasakan persekitaran pelaburan yang lebih positif untuk masa hadapan

Pelan ini juga akan menjadi penghubung dan pelengkap kepada pelbagai pakej rangsangan ekonomi yang telah diumumkan kerajaan sebelum ini untuk melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuh ekonomi ekoran penularan wabak COVID-19.

Kenyataan media: Pelan Pemulihan Ekonomi Kementerian Kewangan Malaysia

Dikirim oleh Tengku Zafrul pada Kamis, 23 April 2020

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments