Monday, July 15, 2024
HomeBERITAKerajaan Perpaduan mewujudkan satu konsep semak dan imbang yang sepatutnya ada pada...

Kerajaan Perpaduan mewujudkan satu konsep semak dan imbang yang sepatutnya ada pada kerajaan demokrasi yang telus – Haniff Khatri

Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan akan membentuk Kerajaan Perpaduan yang membabitkan semua parti politik dan jika dibenarkan beliau akan cuba adakan pemerintahan yang tidak memihak kepada mana-mana parti.

Peguam Kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla menyambut baik cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad dan menganggap ia adalah tawaran yang cukup indah dan menarik untuk keseluruhan rakyat.

“Selama ini kita merungut dan mengadu, bahawa parti parti politik yang ada di Malaysia, cuma mementingkan kepentingan parti sendiri, tanpa menghiraukan permasalahan rakyat.

“Oleh kerana yang demikian, tawaran untuk adakan kerajaan tanpa memihak parti akan membolehkan rakyat melihat samada cubaan ini ataupun ruang ini, avenue ini pada hakikatnya dalam tiga tahun yang masih wujud dalam persidangan Dewan Rakyat ke-14 ini akan menjayakan negara ataupun tidak.

”Ini sekurang-kurangnya adalah satu pilihan yang perlu dan wajib dicuba daripada digadaikan sekali lagi kepada pihak-pihak parti, tak kiralah parti mana sekalipun, yang selama ini tidak dapat membantu menyelesaikan permasalahan negara,” katanya.

Menurutnya, dari sudut perlembagaan pula ia akan membantu mewujudkan satu konsep semak dan imbang yang sepatutnya ada pada kerajaan demokrasi yang telus serta padu.

“Sekiranya kerajaan yang ditubuhkan iaitu jemaah menteri tidak ditentukan melalui kepentingan memihak kepada parti, maka Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri boleh dan bebas untuk melantik mana-mana pihak daripada samada Dewan Rakyat mahupun orang-orang pakar dalam bidang masing-masing dari luar ataupun daripada sistem Jabatan Awam untuk dijadikan Senator dan kemudiannya dimasukkan dalam jemaah menteri bagi tujuan berfungsi dan berkhidmat kepada rakyat.

“Oleh itu dewan rakyat secara zahirnya diasingkan daripada jemaah menteri iaitu cabang legislator parlimen diasingkan daripada cabang eksekutif jemaah menteri, barulah sebenar-benarnya kita akan dapat tengok semak dan imbang.

“Jadi ahli ahli dewan rakyat seramai 222 ini samada mereka berada antaranya di dalam Jemaah Menteri ataupun tidak akan dapat memainkan peranan untuk menyoal Jemaah Menteri untuk memeriksa menyemak dan mengimbang kuasa-kuasa menteri dan bertanyakan perkara-perkara yang perlu secara jujur secara telus tanpa risaukan ikatan mereka kepada parti dan kita akan memperolehi Dewan Rakyat yang lebih berfungsi yang lebih berjiwa rakyat jugak pada akhirnya, ujar beliau.

Haniff Khatri turut menyatakan pilihan ini patut diambil dan yakin serta percaya ke bawah Duli Tuanku Yang di-Pertuan Agong semestinya akan mengambil kira pilihan ini untuk menentukan hala tuju bagi tujuan membuat keputusan dibawah perkara 43 fasal 2A iaitu isu perlantikan Perdana Menteri tatkala negara tidak mempunyai satu kerajaan majoriti.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments