Kerajaan perhalusi tatacara aktiviti solat berjemaah di masjid

0

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memaklumkan kerajaan kini sedang memperhalusi tatacara atau SOP mengenai aktiviti solat berjemaah di masjid.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dalam usaha mengkaji SOP yang boleh diamalkan oleh para jemaah bagi membolehkan aktiviti solat dilakukan terutamanya untuk solat lima waktu, Jumaat dan Tarawih.

Menurut beliau kerajaan akan mengumumkan kebenaran untuk bersolat jemaah di masjid selepas mendapat perkenan daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja selaku Ketua Agama Islam Persekutuan dan negeri-negeri.

“Saya tahu ramai umat islam rindu untuk ke masjid terutamanya untuk mendirikan solat Jumaat, Tarawih dan solat lima waktu.

“Dalam pelaksanaan SOP yang teratur, saya percaya masjid-masjid di kawasan hijau telah bersedia untuk dibuka kepada ahli-ahli kariah.

“Justeru, berikan sedikit masa kepada pihak berkuasa agama islam untuk memperhalusi SOP ini.

“InsyaAllah, dalam masa terdekat ini kita boleh menunaikan ibadat dengan lebih sempurna dan syiar islam akan bersinar semula,” kata beliau.

Berbicara lanjut, beliau berkata SOP ini juga termasuklah aktiviti yang akan membenarkan para penganut agama Kristian, Budhha, Hindu, Sikh dan lain-lain agar dapat mengerjakan ibadat di rumah ibadat masing-masing.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply