Thursday, May 30, 2024
HomeBERITAKerajaan Negeri Terengganu sedia ambil alih UniSZA

Kerajaan Negeri Terengganu sedia ambil alih UniSZA

Susulan keputusan kabinet yang bersetuju penggabungan di antara Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) secara berprinsip telah mendapat pelbagai reaksi orang ramai yang tidak bersetuju dengan keputusan Jemaah Menteri pada 4 September lalu.

Memetik Portal online teganukita.net, Kerajaan Negeri Terengganu sedia mengambil alih semula UniSZA.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, YB Satiful Bahri Mamat  berkata pihaknya belum mendapat maklumat lengkap berkenaan penggabungan kedua-dua universiti berkenaan.

Menurutnya, sekiranya kerajaan pusat bersetuju, kerajaan negeri Terengganu sedia untuk mengambil alih UniSZA kembali.

“Kita tiada maklumat kenapa UMT dan UniSZA hendak digabungkan.

“Tapi, pihak kerajaan negeri bersedia untuk menerima kembali  UniSZA jika kerajaan pusat nak serahkan,” ujarnya ketika dihubungi pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman.

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments