Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAKerajaan Negeri Perak masih berfungsi seperti biasa - Dato’ Seri Ahmad Faizal

Kerajaan Negeri Perak masih berfungsi seperti biasa – Dato’ Seri Ahmad Faizal

Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu memaklumkan Kerajaan Negeri Perak masih berfungsi seperti biasa di sebalik perkembangan yang berlaku di peringkat Kerajaan Persekutuan.

Dato’ Seri Ahmad Faizal dalam satu kenyataan media berkata beliau masih melaksanakan tugas dan tanggungjawab Menteri Besar menurut yang diamanahkan, dan kekal mendapat sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Perak, manakala barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) juga masih menjalankan tanggungjawab seperti biasa.

“Saya telah menyembah maklum berhubung kedudukan politik negara dan negeri kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah semalam.

“Saya menyeru persefahaman rakyat membantu usaha usaha yang sedang dijalankan agar kemelut politik yang sedang melanda negara ketika ini dapat diatasi dengan baik untuk membolehkan kerajaan kembali menumpukan usaha-usaha pembangunan untuk kepentingan rakyat,” katanya

Dalam pada itu, melalui perkembangan sekaligus perubahan landskap politik yang sedang berlaku dalam negara, beliau berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah agar penyelesaian terbaik untuk rakyat serta negara tercapai.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments