Sunday, May 19, 2024
HomeBERITAKerajaan Madani tekad selesai isu air seluruh negara

Kerajaan Madani tekad selesai isu air seluruh negara

PETALING JAYA, 18 Mei – Kerajaan akan menyalurkan sejumlah peruntukan besar kepada Kelantan dan Sabah bagi menyelesaikan masalah air di negeri itu.

Meskipun membabitkan kos berbilion ringgit, namun ia bukan lagi halangan buat kerajaan untuk melaksanakan komitmen itu demi meningkatkan kualiti hidup penduduk yang sekian lama berdepan gangguan bekalan air.

Bukan sahaja di negeri itu, malah beberapa kawasan di Pahang serta Kedah turut dilaporkan mengalami masalah gangguan bekalan air ketika musim perayaan.

Selari dengan kemajuan pembangunan negara yang mencapai usia 66 tahun kemerdekaan, maka keputusan kerajaan untuk bertindak segera menangani isu berkenaan wajar disokong dan diberi kerjasama penuh oleh pentadbiran kerajaan negeri.

Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) juga menyatakan kesungguhan untuk bekerjasama bagi mencari kaedah dan merangka modul bersesuaian dalam menyelesaikan masalah air di negara ini.

Bidang kuasa air di bawah kementerian NRECC manakala perancangan infrastruktur di bawah Kementerian Ekonomi.

Tumpuan diberikan kepada semua negeri berikutan terdapat syarikat operator air di bawah kerajaan negeri menghadapi masalah dan kekangan kewangan untuk menaik taraf dan meningkatkan kualiti perkhidmatan air.

Isu tersebut memerlukan kerjasama yang kolektif, justeru kedua-dua kementerian itu termasuk operator syarikat air di seluruh negara perlu bersama-sama mencari langkah terbaik.

Rakyat perlu faham bahawa masalah air tidak dapat diselesaikan dalam tempoh dua tahun kerana mengambil kira fasiliti dan panjang keseluruhan sistem paip dan loji ada di seluruh negara.

Namun pihak kementerian menjangkakan sekurang-kurangnya 50 peratus projek bekalan air dapat disiapkan dalam tempoh tujuh tahun bermula tahun depan, iaitu dalam tempoh pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) hingga RMK13.

Kepada kerajaan negeri, berilah kerjasama yang baik demi kesejahteraan rakyat agar masalah sama tidak berulang pada masa hadapan.

Kesungguhan kerajaan dilihat mampu membebaskan Malaysia dari belenggu masalah gangguan bekalan air sepenuhnya.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments