Monday, June 17, 2024
HomeBERITAKerajaan lanjut diskaun bil elektrik sehingga akhir Disember

Kerajaan lanjut diskaun bil elektrik sehingga akhir Disember

Penurunan surcaj dua sen/kWj bagi pengguna bukan domestik, tarif domestik kekal, diskaun bil elektrik pengguna domestik di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020.

Menerusi kenyataan media, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Dato’ Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata diskaun bil elektrik ini dijangka akan memberi manfaat kepada 7.66 juta pengguna domestik di Semenanjung Malaysia dengan diskaun sebanyak dua peratus sehingga 50 peratus bermula 1 Oktober.

“Perlanjutan ini turut terpakai kepada penggunaan elektrik di antara 601 hingga 900 (kWj) yang mendapat diskaun sebanyak 10 peratus di bawah Bantuan Prihatin Elektrik (BPE).

“Pengguna di Sabah dan Sarawak juga akan terus menikmati diskaun bil elektrik sebanyak dua (2) peratus sehingga 31 Disember.

“Peruntukan sebanyak RM392 juta akan dibiayai oleh Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE) bagi pengguna di Semenanjung Malaysia selama tiga bulan,” ujar beliau.

Manakala diskaun bagi pengguna di Sabah dan Sarawak akan ditanggung oleh Kementerian Kewangan dengan anggaran sebanyak RM6 juta.

Kenyataan media Menteri KeTSA YB Dato’ Dr. Shamsul Anuar Nasarah mengenai pelanjutan diskaun bil elektrik.Kerajaan…

Posted by Kementerian Tenaga dan Sumber Asli on Thursday, 2 July 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments