Monday, May 20, 2024
HomeBERITAKerajaan belanja RM7.4 juta untuk program Malaysia MADANI

Kerajaan belanja RM7.4 juta untuk program Malaysia MADANI

KUALA LUMPUR, 25 Mei : Kerajaan memaklumkan kos perbelanjaan terkini bagi program Malaysia MADANI termasuk pengiklanan dan promosi sebanyak RM7.4 juta.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali, berkata sebahagian besar daripada peruntukan itu terutamanya kos pemasangan papan iklan menggunakan peruntukan pentadbiran kerajaan terdahulu.

 

Beliau berkata, secara perbandingan, jumlah perbelanjaan yang pernah diperuntukkan untuk usaha promosi agenda nasional seperti Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) adalah sebanyak RM62 juta.

“Seperti sedia maklum, Malaysia MADANI merupakan agenda nasional yang didukung oleh pentadbiran dan kerajaan pada masa sekarang.

Usaha untuk mempromosikan Malaysia MADANI bukan bersifat eksklusif dan ianya dilaksanakan oleh semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan melalui platform dan medium yang bersesuaian.

“Inisiatif ini penting bagi meningkatkan penghayatan dan kefahaman rakyat mengenai aspirasi dan dasar semasa kerajaan,” katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen.

Beliau menjawab soalan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (PN-Kuala Kangsar) yang meminta Perdana Menteri menyatakan pecahan perbelanjaan yang telah dibelanjakan sehingga kini bagi tujuan promosi dan pengiklanan jenama Malaysia Madani di seluruh negara.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments