Friday, June 14, 2024
HomeBERITAKerajaan bantu 3.3 juta pekerja swasta melalui Program Subsidi Upah

Kerajaan bantu 3.3 juta pekerja swasta melalui Program Subsidi Upah

Menteri Sumber Manusia, Dato’ Seri M. Saravanan dalam satu kenyataan memaklumkan majikan akan dibantu melalui Program Subsidi Upah.

Program Subsidi Upah yang akan diberi menerusi majikan akan dilaksanakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial memberi bantuan sebanyak RM600 kepada pekerja-pekerja swasta yang berpendapatan bawah RM 4000 dan majikan yang mengalami penurunan pendapatan lebih 50% sejak Januari 2020.

Pihak majikan perlu membuat tuntutan bagi pihak pekerja mereka bagi Program ini dan pihak majikan yang menuntut adalah tidak dibenarkan membuang pekerja, memotong gaji mahupun mengarahkan pekerja mengambil cuti tanpa gaji bagi tempoh 3 bulan selepas program ini dilaksanakan.

Inisiatif Program Subsidi Upah akan berkuatkuasa mulai 1 April 2020 dan kira-kira RM5.9 billion telah diperuntukkan kepada Kementerian Sumber Manusia melalui Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO bagi melaksanakan ini yang mana akan memberi manfaat kepada 3.3 juta pekerja swasta di negara ini.

Tambah beliau lagi, bagi mengelakkan kekeliruan, Program Subsidi Upah ini juga adalah penambahbaikan dan perluasan kepada Program Pengekalan Pekerjaan (Employment Retention Program- ERP ) yang telah diumumkan menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi pada 16 Mac lalu.

Sebarang pertanyaan boleh dihantar kepada perkeso@perkeso.gov.my atau ajukan sebarang aduan dan pertanyaan melalui facebook.com/perkeso official.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments