Sunday, June 16, 2024
HomeBERITAKerajaan arah penganjur bazar Ramadan pulangkan wang atau deposit kepada peniaga

Kerajaan arah penganjur bazar Ramadan pulangkan wang atau deposit kepada peniaga

Seperti yang diumumkan bazar ramadhan atau sebarang bentuk penjualan seperti gerai tidak dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Justeru, kerajaan menyeru para penganjur yang terlibat dalam urusan pendaftaran gerai jualan bazar ramadhan untuk memulangkan kembali wang atau deposit kepada peniaga-peniaga yang telah membuat pembayaran.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob meminta agar semua penganjur samada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau sesiapa sahaja untuk mengambil langkah sama seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang telah memulangkan bayaran yang dibuat oleh peniaga yang mendaftarkan diri kepada DBKL.

“Namun jika peniaga bersetuju, wang terbabit boleh diguna pakai sebagai deposit pendaftaran bazar untuk tahun akan datang.

“Apa-apa pun kedua-dua belah pihak perlu berunding bagi mendapatkan penyelesaian yang baik,” kata beliau.

Pulangkan wang peniaga bazar Ramadan. Kasihani peniaga-peniaga kita.Bazar Ramadan atau sebarang bentuk gerai adalah…

Dikirim oleh Ismail Sabri Yaakob pada Selasa, 21 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments