Thursday, May 23, 2024
HomeBERITAKeputusan SPM diumum 5 Mac

Keputusan SPM diumum 5 Mac

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2019 akan dikeluarkan pada Khamis depan iaitu 5 Mac 2020.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan media berkata semua calon boleh mengambil keputusan SPM daripada sekolah masing-masing bermula jam 10.00 pagi, manakala calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau boleh hubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat calon menduduki peperiksaan.

Calon juga boleh membuat semakan keputusan melalui perkhidmatan mySMS dengan cara menaip “SPM<jarak>AngkaGiliran dan SMS ke 15888”.

Dimaklumkan perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula 5 Mac jam 10.00 pagi dan tamat pada 11 Mac jam 6.00 petang.

Semakan keputusan turut boleh dilakukan melalui portal Lembaga Peperiksaan seperti yang tentera sppat.moe.gov.my/semakan.

Sebanyak 3,313 pusat peperiksaan di seluruh Malaysia dan seramai 416,416 calon telah mendaftar untuk menduduki SPM tahun lalu.

357,010 daripada jumlah tersebut adalah calon bagi Sekolah Kerajaan, Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.

Sejumlah 8,320 merupakan calon dibawah Agensi Kerajaan selain KPM dan 8,317 calon Sekolah Menengah Agama Negeri.

Seramai 2,209 calon pula dari Sekolah Menengah Agama Rakyat, manakala 14,203 calon Sekolah Swasta yang berdaftar dengan KPM dan sebanyak 26,357 terdiri daripada calon Persendirian.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments