Friday, October 4, 2024
HomeBERITAKejayaan luar biasa graduan jurusan undang-undang dipuji Neelofa

Kejayaan luar biasa graduan jurusan undang-undang dipuji Neelofa

“Such a well composed and humble young lady. Congratulations to you! Please tag her in the replies if anybody knows her. I’d like to celebrate her success with a gift ♥️” tulis Neelofa di ruangan Twitternya bersama sekeping gambar seorang graduan di majlis konvokesyen.

Neelofa mengulangkicau gambar seorang gadis, Nur Athirah dan menyatakan mahu memberi hadiah kepadanya bagi meraikan kejayaan itu.

Neelofa juga berpesan di ruangan status agar warga Twitter supaya “tagged” ke akaun Twitter gadis berkenaan.

Di ruangan komen pula rata-rata peminatnya memuji sikap pemurah Neelofa dan tidak kurang juga yang berseloroh mahu belajar bersungguh- sunggguh agar mendapat perhatian dari usahawan berjaya itu.

“Assalamualaikum Neelofa. I would like to suggest, why dont give her the gift of employment. And maybe in the future, sponsor her to further her studies. Like they say “teach a man to fish, you’ll feed him for a lifetime”. :)” -furball

“aku pun study hard jugaklah , nak dapat hadiah dari neelofa ????” -fkrfrd

Ada juga yang mengatakan bahawa Nur Athirah adalah seorang pelajar yang datang dari keluarga yang baik dan berjaya.

“adik ni dari family background yang sangat baik. pernah usrah dengan her mom, makcik zaini di perlis. ayahnya seorang prof dan pernah mendapat tazkirah darinya. kehidupan mereka sangat humble dan islamic.????” -ahmadilham____

“As someone who sat besides her in class, I can testify to that! She is indeed a graceful person, inside out. Never once said no to helping other students. Anyway you can find her here @athirahrushami” -naziehahnazli


Tweet berkenaan telah meraih lebih 25,000 ulangkicau dan lebih 40,000 tanda suka.

Nur Athirah Rushami Zien yang kini tular di media sosial rentetan kejayaannya menerima Sarjana Muda Falsafah Undang-Undang dan Perniagaan dengan Kepujian.

Graduan dari Universiti Utara Malaysia ini telah berjaya mendapat keputusan cemerlang dengan pointer ‘4 flat ‘ dan layak menerima Anugerah Dekan selama tujuh semester pengajian.

Nur Athirah tamat pengajian dengan mencapai pointer 3.99 dan terpilih menerima Biasiswa Majlis Raja-Raja pada tahun kedua di atas pencapaiannya.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments