Sunday, May 26, 2024
HomeBERITAKejadian Gerhana Matahari Anulus di Tanjung Piai, Johor dan Serian, Sarawak

Kejadian Gerhana Matahari Anulus di Tanjung Piai, Johor dan Serian, Sarawak

Menerusi laman Facebook Planetarium Negara sekarang sedang bersiaran langsung mengenai kejadian Gerhana Matahari Anulus (Cincin).

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1068009900203211&id=164122323623815&sfnsn=mo&d=n&vh=e

Hari ini Gerhana Matahari Anulus itu dapat disaksikan di dua buah kawasan iaitu di Tanjung Piai, Johor dan Serian, Sarawak.

Gerhana matahari berlaku apabila bulan melalui antara bumi dan matahari, dengan itu sepenuhnya atau sebahagiannya mengaburkan imej matahari.

Menurut maklumat yang dikongsikan waktu bermula gerhana matahari adalah berbeza di setiap kawasan.

Di Tanjung Pia tempoh gerhana berlaku bermula jam 1.21 hingga 1.23 tengah hari dan tamat pada jam 3.17 petang, manakala di Serian, Sarawak kejadian anulus berlaku pada jam 1.46 hingga 1.50 tengah hari, tamat jam 3.34 petang.

Gerhana Anulus ini akan dapat dilihat di beberapa negara termasuklah Arab Saudi, Qatar, United Arab, Emirates, Oman, Selatan India, Sri Lanka, Sumatera, Malaysia, Singapura serta bahagian Borneo dan Guam.

Kali terakhir gerhana ini pernah terjadi kira-kira 21 tahun dahulu pada 22 Ogos 1998 di Mersing, Johor.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments