Adele sekali lagi mengejutkan para peminat dengan transformasi badannya baru-baru ini selepas berkongsi beberapa gambar parti Krismas ke media sosial sehingga pengikutnya memberi komen hampir tidak mengenali penyanyi itu.



Artis yang memenangi Anugerah Grammy berusia 31 tahun telah berkongsi beberapa foto pesta Krismas bertemakan hitam dan putih ke laman Instagramnya dengan memakai gaun satin gelap dan berambut perang persis bintang Hollywood lama.
Penyanyi lagu Hello bergambar bersama dan Santa Claus dalam dua foto dengan kapsyen: We both tried to ruin Christmas but then both our hearts grew! Thank you for coming to my party and making us feel like kids, Grinch.’
‘Merry Christmas and Happy Holidays everyone.’

Ramai peminat Adele telah memberi komen menyatakan terserlah seorang bintang di dalam gambar berkenaan dan merujuk kepada berat badannya yang sangat berbeza selepas perceraiannya dengan Simon Konecki pada bulan April tahun ini.

Nah! Tidak kelihatan seperti Adele, “kata seorang penulis, sementara seorang lagi peminat menulis di laman Twitter mengakui mereka hampir tidak mengenali dan terkeliru dengan selebriti lain.

Transformasi ini cukup dramatik dan kedua-dua gambar berkenaan telah mula viral di seluruh dunia.

Adele dilaporkan mengurangkan berat badannya dengan melakukan gaya hidup yang lebih sihat dan aktiviti kecergasan yang ketat, termasuk melakukan Pilates dengan pelatih peribadi di Rise Nation dan mengikuti kelas senaman StairMaster.


Leave a Reply