Friday, June 21, 2024
HomeBERITAKedai gunting rambut, salon kecantikan dibenarkan beroperasi 10 Jun dengan SOP yang...

Kedai gunting rambut, salon kecantikan dibenarkan beroperasi 10 Jun dengan SOP yang ketat

Kerajaan membenarkan perkhidmatan gunting rambut dan salon beroperasi semula pada 10 Jun ini dengan SOP yang ketat.

Menurut Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, keputusan ini dibuat setelah mengambil kira sektor ini melibatkan 74,500 tenaga pekerja dari 16,728 perniagaan berdaftar serta sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara yang berjumlah RM13.5 juta setahun.

“Aktiviti yang dibenarkan adalah gunting rambut asas, cuci rambut asas, cukur jambang dan misai, solekan dan rawatan rambut, manicure dan pedicure serta cuci dan rawatan muka.

“Bagi golongan berisiko seperti warga emas dikehendaki membuat temu janji terlebih dahulu sebelum mendapatkan khidmat gunting dan proses proses perkhidmatan wajib dilaksanakan tanpa kehadiran pengunjung lain.

“Manakala, pelanggan yang berusia 12 tahun kebawah perlu hadir bersama ibu bapa dengan mematuhi pemakaian alat perlindungan diri seperti penutup muka dan apron pakai buang,” ujar beliau pada sidang media petang tadi.

Sementara itu, beliau juga mengingatkan pengusaha untuk menyediakan apron pakai buang dan tuala yang berbeza untuk setiap pelanggan.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments