Friday, November 20, 2026
HomeBERITAKebenaran operasi bagi sektor pembuatan, perdagangan dan pengedaran akan mula diperluas pada...

Kebenaran operasi bagi sektor pembuatan, perdagangan dan pengedaran akan mula diperluas pada fasa dua PPN

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran operasi bagi sektor ekonomi pembuatan, perdagangan dan pengedaran akan mula diperluas pada fasa dua Pelan Pemulihan Negara.

Ia membabitkan automotif, getah, seramik, besi dan keluli, simen, kilang perabot bagi tujuan eksport, kedai buku dan alat tulis, kedai cuci kereta, barangan elektrik, gunting rambut serta komputer dan telekomunikasi.

Manakala makan di restoran hanya dibenarkan ketika bermulanya fasa ketiga PPN namun terhad kepada dua orang satu meja dengan mematuhi penjarakan fizikal.

Tambahnya ketika fasa itu juga, semua sektor pendidikan termasuk sekolah, institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta, institut latihan kemahiran (ILK) dan institusi pendidikan lain akan mula dibuka.

Aktiviti sosial masih tidak dibenarkan pada fasa tiga. Bagaimanapun, kelonggaran untuk menerima tetamu atau pelawat di kediaman dibenarkan terhad kepada 10 orang dalam satu masa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Datuk Seri Ismail Sabri berkata, aktiviti pelancongan turut dibenarkan pembukaannya pada fasa tiga kelak dengan syarat pelancongan dalam negeri saja dan industri kreatif seperti acara langsung tanpa penonton.

Sementara itu, beliau berkata, semua prosedur operasi standard (SOP) fasa satu PPN yang sedang berkuat kuasa ketika ini menerusi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 masih diguna pakai kepada semua aktiviti sosial dan sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments