Friday, May 31, 2024
HomeBERITAKayuhan amal bantu rumah anak yatim

Kayuhan amal bantu rumah anak yatim

Program Kayuhan Amal Masjid Al-Muttaqin Selayang Pandang berlangsung dengan meriah dengan pernyertaan kira-kira 60 peserta yang diketuai oleh penasihat Taman Wilayah Cycling Club (TWCC), Baha Azuwan.

Para peserta yang terdiri dari kalangan penggemar sukan berbasikal ini memulakan kayuhan seawal jam 7.30 pagi semalam menuju ke rumah anak yatim Al-Habbah Taman Jasa Utama, Bt Caves.

Perjalanan kayuhan berkenaan dianggarkan 20 kilometer jarak perjalanan dari Masjid Selayang ke Taman Jasa.

Program anjuran bersama Exe Media & Event dan TWCC bertujuan untuk mengumpul dana bagi rumah anak yatim serta tabung masjid terbabit.

Acara berjalan dengan lancar dengan bantuan ramai yang menjayakan sumbangan kepada Masjid Al-Muttaqin dan Sekolah Tahfiz Al-Habbah serta diakhiri dengan jamuan makan di sekolah berkenaan.

Program amal yang merupakan sebahagian aktiviti bulanan anjuran TWCC ini juga turut dijayakan oleh peserta kelab basikal sekitar Kuala Lumpur, Damansara dan Serendah serta kelab luar iaitu Sendayan dan Semenyih. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments