Saturday, June 22, 2024
HomeBERITAKaunter JPJ dibuka setiap hari bermula hari ini

Kaunter JPJ dibuka setiap hari bermula hari ini

Kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan beroperasi tujuh hari seminggu berkuatkuasa pada tarikh 13 Mei 2020.

Ia bertujuan agar membolehkan urus niaga tertunggak dapat diselesaikan secepat mungkin selain dari mengelakkan kesesakan pelanggan sedia ada.

Di samping itu, menerusi perkongsian laman media sosial Facebook @Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia turut menambah tiga urusan di kaunter, iaitu :

1. Untuk cetakan VOC dan LKM kali pertama bagi tukar hak milik dan pendaftaran baharu secara atas talian

2. Pengesahan biometrik pemunya baharu (pembeli) bagi urusan tukar hak milik secara sukarela (kenderaan persendirian)

3. Permohonan permit memandu antarabangsa

Pembayaran secara ‘e-payment’ menggunakan kad kredit dan kad debit juga digalakkan demi melaksanakan ‘cashless’ dan pengurusan kutipan dapat dilakukan dengan lebih cekap, pantas dan selamat sebagai mematuhi arahan pencegahan COVID-19.

Orang ramai turut dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semasa berurusan di kaunter-kaunter JPJ, seperti :

1. Menjaga penjarakan sosial sekurang – kurangnya satu meter

2. Memakai topeng muka

3. Kerap mencuci tangan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer

Menjaga kebersihan dan mencegah penularan wabak COVID-19 adalah tanggungjawab kita bersama.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10158442642207421&id=194295407420

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments