Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAKasih seorang suami, selam setiap minggu selama 7 tahun cari isteri hilang...

Kasih seorang suami, selam setiap minggu selama 7 tahun cari isteri hilang ketika Tsunami 2011

Seorang lelaki, Yasuo Takamatsu, 64 tahun kehilangan isterinya apabila tsunami membadai bandar Onagawa di Miyagi, Jepun, sepuluh tahun yang lalu.

Dua tahun kemudian, Takamatsu berjaya memperoleh lesen menyelam yang diperolehi khas untuk mencari isterinya yang hilang.

Sehingga hari ini, Takamatsu telah menyelam sebanyak 470 kali yang mana aktiviti berkenaan dilakukan setiap minggu sejak tujuh tahun lalu.

“Saya menyelam untuk isteri saya… jika saya dapat temuinya di suatu tempat. Saya selalu berfikir yang dia mungkin berada di kawasan yang berdekatan.

“Baru-baru ini terdapat laporan yang menyatakan ada mayat yang ditemui, jadi saya rasa amat penting untuk saya teruskan pencarian tanpa putus asa,” katanya.

“Dalam mesejnya yang terakhir dihantar kepada saya, dia mengatakan ‘Adakah awak okay? Saya mahu pulang’. Jadi saya pasti dia masih mahu pulang ke rumah. Saya mahu bawa dia pulang,” katanya lagi.

Selain menyelam secara solo, setiap sebulan sekali, Takamatsu juga menyertai pihak berkuasa tempatan melakukan operasi pencarian untuk mencari sekitar 2,500 orang yang mayatnya masih belum dijumpai.

Sehingga kini, dia telah menemui album, pakaian dan artifak namun bukan bukan milik isterinya.

Tegasnya, selagi tubunya masih bergerak, dia akan terus menyelam untuk mencari isterinya.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments