Sunday, June 23, 2024
HomeBERITAKapasiti pengeluaran roti tahap maksimum dan mencukupi, beli secara berhemah - Menteri...

Kapasiti pengeluaran roti tahap maksimum dan mencukupi, beli secara berhemah – Menteri Kanan (kluster ekonomi)

Kecoh di laman media sosial keluhan orang ramai berkaitan ketiadaan stok roti di kedai-kedai mahupun pasaraya.

Malah timbul pula sikap penting diri pembeli yang membeli roti dalam kuantiti yang banyak.

Sikap cemas dan panik sebegini yang menimbulkan masalah kepada pembeli lain yang turut mahu mendapatkan barangan yang sama.

Mendengar keluhan ramai, Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri membuat lawatan ke kilang-kilang pengeluaran roti utama negara bagi memastikan bekalan roti putih (slice bread) sentiasa mencukupi seiring dengan permintaan ramai.

Antara kilang roti yang dilawati adalah kilang Gardenia Bakeries Sdn. Bhd (Gardenia), The Italian Baker Sdn. Bhd. ( Massimo) dan juga Mighty Bakery Sdn. Bhd. (Mighty White).

Melalui perkongsian Menteri Kanan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), beliau memuatnaik perkhabaran baik buat semua peminat-peminat roti di Malaysia.

Berhubung keluhan bekalan roti yang dilaporkan sentiasa kehabisan stok di pasaran, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata hasil semakan mendapati kapasiti pengeluaran ketiga-tiga kilang ini adalah hampir ke tahap maksimum serta dapat memenuhi keperluan semua rakyat.

Dalam pada itu, beliau menyeru agar rakyat Malaysia membeli secara berhemah supaya bekalan roti di pasaran sentiasa ada.

Bagi memastikan bekalan Roti Putih adalah mencukupi di pasaran, MITI telah melawat kilang-kilang pengeluaran roti utama…

Dikirim oleh Azmin Ali pada Sabtu, 28 Maret 2020

Menteri pun dah sahkan bekalan roti mencukupi, jadi janganlah pula anda semua memborong sehingga 3,4 bungkus roti seorang pula! Macam tak pernah jumpa roti pun ya,hmmm???? — THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments