Friday, July 19, 2024
HomeBERITAKapasiti maksima ujian saringan hampiri sasaran

Kapasiti maksima ujian saringan hampiri sasaran

Berhubung penambahan lima lagi makmal yang diwujudkan bagi menambah kapasiti ujian pengesanan wabak COVID-19, pihak kementerian menjangkakan sasaran ujian sebanyak 16,500 ujian sehari.

Namun perkongsian terkini yang dikongsikan di laman Facebook Ketua Pengarah Kesihatan, Dato Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan dengan purata makmal sebanyak 48 makmal ini, kapasiti maksima makmal kini hampir mencapai sasaran yang dijangkakan.

Terkini, kapasiti maksima makmal untuk menjalankan ujian pengesanan dan pengesahan COVID-19 menggunakan kaedah RT-PCR…

Dikirim oleh Noor Hisham Abdullah pada Sabtu, 25 April 2020

Menurut beliau, kapasiti maksima makmal untuk menjalankan ujian pengesanan dan pengesahan COVID-19 yang menggunakan kaedah RT-PCR telah meningkat kepada 16,385 sehari berbanding 11,500 ujian sebelum ini sekaligus menghampiri ‘target’ yang dijangkakan.

“Pada peringkat awal, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) merupakan satu-satunya makmal yang terlibat secara langsung dalam menjalankan ujian pengesanan RT-PCR bagi COVID-19 di Malaysia.

“Keupayaan makmal tersebut kini telah diperluaskan dan diperkukuhkan, dengan melibatkan 43 buah makmal daripada sektor awam, universiti dan sektor swasta”, ujar beliau.

Beliau menzahirkan rasa terima kasih serta ucapan tahniah buat semua petugas di sebalik tabir di IMR, MKAK, kesemua MKA, makmal-makmal hospital KKM, universiti, ATM dan MOSTI.

Dalam pada itu, beliau turut menghargai usaha para petugas swasta yang turut sama telah bertungkus lumus tanpa mengira waktu menjalankan ujian COVID-19.

Tambah beliau, meskipun tugasan mereka di makmal mungkin tidak terlihat atau disedari ramai, namun ianya adalah sangat penting dan jasa mereka amat dihargai.

Terima kasih para frontliners!

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments