Kanak-kanak hilang diserah pada ibu bapanya

0

Kanak-kanak perempuan dipercayai berusia dua tahun yang ditemui orang awam di Jalan Taman Megah 2A, Taman Megah, Kajang, sudah diserahkan kepada ibu bapanya Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, berkata ibu kanak-kanak itu berusia 35 tahun menghubungi polis selepas menyedari berita penemuan anaknya kira-kira jam 2 petang Jumaat lalu, tular menerusi media sosial hasil bantuan media dan orang awam.

“Ibu kanak-kanak itu tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada jam 9 malam bagi menuntut anaknya dengan membawa dokumen rasmi sebagai bahan bukti sokongan.

“Hasil siasatan, kanak-kanak berkenaan dikatakan keluar sendirian untuk bermain di luar rumah melalui pintu depan yang bertutup tetapi tidak berkunci.

“Dia diserahkan semula kepada ibu bapanya dan dibawa pulang dengan selamat,” katanya dalam satu kenyataan.

ACP Ahmad Dzaffir berkata, pihaknya menzahirkan penghargaan kepada media dan orang ramai kerana membantu menyebarkan berita berkaitan kehilangan anaknya sehingga berjaya menemui ibu bapanya. –THE MALAYA POST

*Subcribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply