Thursday, May 16, 2024
HomeBERITAKanak-kanak China di Terengganu negatif wabak coronavirus

Kanak-kanak China di Terengganu negatif wabak coronavirus

Seorang kanak-kanak China di Terengganu yang disyaki mengalami simptom wabak 2019-nCoV disahkan negatif coronavirus.

Kanak-kanak perempuan berusia lima tahun itu dilaporkan menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu semalam.

Walau bagaimanapun, hasil pemeriksaan telah dibuat secara teliti dan mendapati kanak-kanak itu tidak memenuhi kriteria simptom coronavirus.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional ADUN Cukai, YB Haji Hanafiah Mat berkata, orang ramai dinasihatkan agar tidak panik dan jangan cepat mempercayai khabar angin yang tidak sahih.

“Jika anak-anak demam, selesema, batuk dan sebagainya sila bawa ke hospital terdekat dengan segera untuk mendapatkan rawatan.” –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments