Friday, July 26, 2024
HomePOLITIK"Kami sedang uruskan jenazah untuk dibawa pulang" - Datuk Aznel Ibrahim, Timbalan...

“Kami sedang uruskan jenazah untuk dibawa pulang” – Datuk Aznel Ibrahim, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gerik

GERIK: Ahli Parlimen Gerik, yang juga Ketua UMNO Bahagian Gerik, Datuk Hasbullah Osman di sahkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada jam 7 malam ini di Hospital Raub, Pahang

Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Pengkalan Hulu yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gerik, Datuk Hj Aznel Ibrahim mengesahkan perkara itu ketika di hubungi The Malaya Post sebentar tadi.

“Saya amat-amat sedih dan terkejut dengan berita kematian Arwah. Beliau baru sahaja berbahas di parlimen baru-baru ini”

“Saya telah mendapat pengesahan oleh isterinya sebentar tadi. Menurut isterinya, pada awalnya arwah mengadu sakit perut, dan di bawa ke klinik pada jam 6.30pm. Sekitar jam tujuh lebih, beliau dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung di Hospital Raub”

YB Dato’ Hj Aznel Ibrahim, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Perak merangkap ADUN Pengkalan Hulu dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gerik.

“Saya kini sedang uruskan jenazah Arwah untuk di bawa pulang ke Gerik. Jenazah di jangka akan di kebumi sebelum Zohor esok, InsyaAllah” ujar Datuk Hj Aznel Ibrahim yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Perak.

Datuk Hasbullah Osman, 63, telah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Gerik sejak tahun 2013. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebelum itu, beliau telah berkhidmat sebagai ADUN Temenggor dari tahun 2004 hingga 2013. Tahun ini, beliau telah di lantik sebagai Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments