Monday, October 21, 2024
HomeBERITAKami kongsi DIY masker paling mudah!

Kami kongsi DIY masker paling mudah!

Waktu ‘percutian di rumah’, harus dimanfaatkan dengan melakukan perkara-perkara berfaedah.

Barulah masa terluang dapat dilengkapkan dengan berkualiti dan bijak.

Bagi kaum wanita khususnya, penjagaan kecantikan tidak patut diabaikan.

Inilah masanya untuk kulit berehat dan diberi vitamin semulajadi secukupnya.

Masker adalah salah satu cara mudah yang boleh dilakukan sendiri di rumah.

Hanya dengan menggunakan bahan semulajadi yang ada di dalam dan persekitaran rumah, anda boleh menyediakan masker natural dan berkesan.

Yang pasti tidak memudaratkan!

Nah untuk si kulit kering, kami kongsi bahan-bahan membuat masker dan cara aplikasinya.

Madu dan pisang

Hanya dengan dua bahan ini, mampu mengembalikan kelembapan kulit. Madu mempunyai 1001 khasiat didalamnya. Makanan sunnah ini mengandungi ‘humectant’ atau bahan yang mampu menyerap air dari udara dan mengikatnya dalam lapisan kulit. Pisang juga berfungsi menghidrasi kulit yang kering.

Caranya sangat mudah!
Lenyekkan sebiji pisang bersama 2 sudu makan madu. Oleskan pada wajah, biar selama 20 minit. Kemudian bilas. Hasilnya, kulit menjadi lembab dan kurang iritasi.

Daun lidah buaya

Anda ada menanam pokok lidah buaya di sekitar rumah? Tahukah anda, tumbuhan ini juga sesuai dijadikan masker untuk kulit kering. Semudah dengan hanya meratakan gel atau isi didalamnya pada permukaan wajah sekitar 25 minit. Selepas itu bilas dengan air bersih dan siap! Wajah akan lebih lembut dan lembab.

Telur ayam

Siapa yang tidak menyimpan bekalan telur ayam di rumah kan! Sapukan putih telur ke wajah kusammu, biarkan kering dan tanggal. Wajah akan lebih lembut bersinar.

Nah, bukan sukar untuk mendapat kulit yang sihat dan lembab. Hanya gunakan bahan semulajadi yang murah dan mudah didapati. Apa lagi alasan mu.

Kepada si jejaka yang sudah tentu punyai banyak masa terluang, bolehlah mencubanya juga.

Nanti apabila tamat tempoh berkurung di rumah dan mula bekerja, bolehlah tampil berwajah lebih putih dan bersih????

Jom cantik! ????

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments