Friday, July 19, 2024
HomeBERITAKementerian Alam Sekitar nafi laporan portal dakwa Menteri Alam Sekitar pertahan pembalakan...

Kementerian Alam Sekitar nafi laporan portal dakwa Menteri Alam Sekitar pertahan pembalakan di Kelantan

Kementerian Alam Sekitar menyangkal laporan berkenaan sebuah portal mendakwa Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man mempertahankan pembalakan di Kelantan.

Kementerian Alam Sekitar menegaskan bahawa laporan yang dikeluarkan terhadap Menteri Alam Sekitar berkenaan tidak tepat kerana aktiviti pembalakan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Dalam satu kenyataan, pihak Kementerian Alam Sekitar berkata, sebagai agensi yang menerajui isu-isu alam sekitar dan biodiversiti akan terus melaksanakan aktiviti pemuliharaan, pemeliharaan dan perlindungan khazanah negara.

“Dalam usaha melindungi kelestarian hutan dan biodiversiti, pemantauan dan penguatkuasaan akan ditingkatkan dalam memastikan pematuhan kepada peraturan sedia ada.

“Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang didapati menjalankan aktiviti yang bertentangan dengan undang-undang negara berkaitan alam sekitar dan perhutanan,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri Alam Sekitar akan mengadakan perbincangan bersama kerajaan-kerajaan negeri dan pihak berkepentingan dalam waktu terdekat bertujuan menyusun strategi mendepani pelbagai isu alam sekitar dan biodiversiti yang lebih berkesan dalam memacu pembangunan mampan negara.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments