Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAKali ini Erma Fatima pula jadi mangsa serangan netizen

Kali ini Erma Fatima pula jadi mangsa serangan netizen

Baru-baru ini, kecoh apabila beberapa selebriti tanahair melontarkan pendapat peribadi mereka, tidak bersetuju dengan perlaksanaan suntikan vaksin Covid-19.

Pastinya ia menerima kecaman hebat peminat.

Bukan setakat peminat dan penggiat seni, pakar perubatan turut mengkritik tindakan selebriti berkenaan.

Belum pun reda kes tersebut, kelmarin pengarah dan pelakon Erma Fatima pula menjadi perhatian.

Difahamkan ia gara-gara tindakan Erma memuatnaik status seolah-olah menyebelahi seorang pakar motivasi yang dikatakan tidak beradap dan kurang ajar terhadap seorang warga emas ketika mengendalikan sebuah sesi motivasi kepada bekas gelandangan.

“Aku dapat rasa apa dia rasa ketika beri motivasi talk ini. Aku juga dapat faham apa yang pakcik tu rasa.

“Cuma ada waktunya orang kita ni kena gegar sikit untuk bangunkan dari tidur. Mungkin cara dilakukan ganas sikit”, ulas Erma.

Pandangan itu menerima reaksi marah pengikutnya yang mendakwa Erma tidak peka dan sensitif dengan kelancangan mulut pakar motivasi itu.

Menyedari keadaan bertambah panas, satu kenyataan permohonan maaf dimuatnaik di laman Instagram adik kepada Erma Fatima, Datin Paduka Ummi Aida.

Walaupun tidak dinyatakan secara jelas namun, askar netizen dapat mencium niat di sebalik status itu.

Hmmm…. ada benarnya kata-kata Datin Paduka Ummi Aida itu.

Kita hanya manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan, tidak kiralah sama ada kita ini berpangkat, ternama mahupun seorang selebriti.

Tidak salah memberi pendapat, tapi biarlah ia bermanfaat dan tidak menyinggung perasaan pihak lain.

Bak kata pepatah, buang yang keruh, ambil yang jernih ???????? –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments