Friday, July 19, 2024
HomeBERITAKaji dan terima pandangan menyeluruh - Naib Canselor UMT

Kaji dan terima pandangan menyeluruh – Naib Canselor UMT

Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Profesor Dato’ Dr Nor Aieni Mokhtar  memohon pihak kerajaan agar mempertimbangkan dan membuat keputusan yang terbaik berhubung penggabungan UMT-Unisza.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, beliau berharap agar Kabinet mengambil kira pandangan dan kebajikan warga kedua-dua universiti secara adil dan saksama.

Ini kerana ia membabitkan perubahan besar kepada lanskap pendidikan tinggi negara.

“UMT sebuah Universiti Awam (UA) sebagai Pusat Perikanan dan Sains Samudera UPM dan telah memainkan peranan besar dalam pembangunan pendidikan tinggi negara. Sehingga kini, UMT telah berkembang dengan pesat sebagai sebuah universiti berfokus di dalam bidang ilmu kelautan dan sumber akuatik”.

“Latar belakang dan pencapaian UMT sangat bertepatan untuk merealisasikan seruan YAB Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maritim melalui agenda Malaysia”.

“Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga telah mengiktiraf kekuatan kedua-dua universiti dengan meletakkan kluster yang berlainan iaitu UMT sebagai universiti berfokus ilmu kelautan dan UNISZA sebagai sebuah universiti Islam”, katanya.

Ujarnya beliau yakin Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed akan mengambilkira suara Warga universiti dan rakyat secara amnya.

Ini kerana pencapaian UMT setakat ni sangat membanggakan dan bertepatan visi YAB Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maritim melalui agenda Malaysia”.

“UMT mengambil maklum tentang keputusan  kabinet dan menyedari bahawa berita ini telah menimbulkan keresahan di kalangan warga dan alumni UMT serta masyarakat awam”.

“UMT sedang dan akan terus berusaha untuk mendapatkan maklumbalas daripada kesemua pemegang taruh seperti pengurusan tertinggi universiti, ahli Senat, warga akademik dan perkhimatan sokongan, pelajar, alumni, komuniti setempat dan pihak berkepentingan yang lain”, tambahnya lagi.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments