Saturday, May 25, 2024
HomeBERITAKadar kompaun ingkar PKP kekal RM1,000

Kadar kompaun ingkar PKP kekal RM1,000

Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jumlah kompaun bagi pesalah yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih kekal pada kadar RM1,000.

Ini kerana Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 masih diguna pakai atas kesalahan terbabit.

“Ramai rakyat kita berpandangan kenapa jumlah hukumannya rendah berbanding negara lain,” kata beliau dalam satu sidang media.

Jelas beliau, perkara ini adalah sudah tertakluk kepada akta dan peraturan yang jelas hukumannya adalah sebanyak RM1,000.

Jika kerajaan ingin mengubah jumlah kompaun baharu ianya perlu dibincangkan dan dibawa ke Parlimen.

Berbicara lanjut, beliau berkata pihak polis juga mempunyai pilihan sama ada ingin memberikan kompaun kepada pesalah yang ingkar PKP atau mereka akan di bawa terus ke mahkamah.

Terang beliau lagi, jika individu ini dibawa ke mahkamah maka hukuman penjara dan sebagainya akan ditentukan oleh pihak mahkamah.

PKP : KOMPAUN KEKAL RM1000Patuhi perintah kawalan pergerakan. Teruskan duduk di rumah bagi membendung penularan wabak…

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Minggu, 12 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments