Abu Dhabi, 7 Jan – Kabinet Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah meluluskan pengeluaran visa pelancong kemasukan berbilang bagi tempoh lima tahun kepada semua warganegara yang berkunjung ke negara itu.
Menurut Agensi Berita UAE, WAM keputusan itu dibuat semasa mesyuarat pertama kabinet pada Tahun Persiapan 2020, yang dipengerusikan Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE merangkap Pemerintah Dubai Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum.
Langkah itu dibuat bagi menyokong ekonomi pelancongan UAE dan mengesahkan kedudukan negara itu sebagai destinasi pelancongan global.
Satu lagi keputusan penting yang dibuat pada mesyuarat itu termasuk memperkenal pengecualian visa bagi rakyat Mexico yang melakukan perjalanan ke UAE.
Kedua-dua keputusan akan dilaksana pada suku pertama 2020. –THE MALAYA POST
*Subcribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply