Kementerian Alam Sekitar kini dikenali sebagai Kementerian Alam Sekitar dan Air.
Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju mengubah nama baharu ini sejajar dengan keputusan kerajaan memberikan tanggungjawab kepada Kementerian Alam Sekitar dalam pengurusan air negara.
Selain bertanggungjawab dalam pelestarian alam sekitar dan pengurusan air negara, kementerian ini juga menitikberatkan terhadap isu perubahan iklim, biokeselamatan dan juga memacu pertumbuhan ekonomi hijau.
Kementerian Alam Sekitar dan Air akan turut memberi tumpuan kepada pendidikan dan kesedaran awam serta pembudayaan tentang kepentingan alam sekitar dan air.
UNTUK MAKLUMAN SEMUA:KEMENTERIAN ALAM SEKITAR KINI DIKENALI SEBAGAI KEMENTERIAN ALAM SEKITAR DAN AIR.Mesyuarat…
Dikirim oleh Kementerian Alam Sekitar Dan Air pada Kamis, 02 April 2020
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply