Jutawan kosmetik dera anak angkat sebagai “content” rakaman Youtube? Jika benar, harap pihak berkuasa bertegas!

0

Jika sebelum ini viral kisah jutawan kosmetik Dato’ Seri Aliff Syukri berkenaan kes melibatkan pelakon cilik Puteri Balqis, kemudian disusuli dengan kes melibatkan balu Arwah Abam, kini sekali lagi Aliff Syukri terpalit dengan kontroversi apabila dikaitkan dengan tuduhan mendera anak angkatnya, Ameena.

Tular di laman media sosial berkaitan laporan polis yang salah seorang pembantu rumah Aliff Syukri bertujuan menjaga keselamatan dirinya dan juga kanak-kanak berkenaan.

Menurutnya, Aliff Syukri memanggilnya dan Ameena untuk ke bilik yang menempatkan ratusan koleksi kasutnya dan mengarahkannya untuk memukul kanak-kanak berkenaan, namun dia tidak mahu berbuat demikian kerana takut mencederakan kanak-kanak berkenaan.

Kemudian Aliff Syukri bertindak mencubit serta memukul Ameena di bahagian badan sehingga timbul kesan lebam!

Tambahnya Aliff Syukri mahu merakam gelagat Ameena menangis dan menggunakan Ameena sebagai “content” untuk dimuat naik di laman Youtube miliknya.

Tular juga rakaman video di laman Facebook memaparkan Aliff Syukri mendukung Ameena namun ‘body language’ kanak-kanak berkenaan jelas menunjukkan tidak menyenanginya.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2816260288491296&id=361018294015520

Terdahulu wakil dari JKM pernah berkunjung ke rumah Aliff Syukri atas tuduhan mendera anaknya, Qadejah El Zahra ketika kanak-kanak terbabit berusia sembilan tahun sehingga berbirat namun dia hanya menjawab tujuannya hanya untuk mendidik anaknya sekaligus mempromosikan produknya.

Amboi Aliff Syukri, itu budak kecil bernyawa ye. Bukan anak patung yang boleh dibuat sesuka hati.

Apa kata pukul diri sendiri je dan jadikan respon Dato’ Seri untuk “content” Youtube milik Dato’ Seri!

Lagipun tak cukup lagi ke harta terlajak laris yang sedia ada sehingga mempergunakan kanak-kanak yang tidak berdosa dan tidak berdaya untuk melawan perilaku tidak berakal seperti itu???

Hmmm…Patut lah ibu Qayyum pun mengambil anaknya kembali!

Jika benar, harap pihak berkuasa di bawah pimpinan baru akan mengambil tindakan tegas! – – THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply