Jumlah maksima penganjuran seminar, kursus 250 peserta

0

Berhubung pembentangan SOP bagi penganjuran mesyuarat, seminar, kursus dan latihan pada 15 Jun, kerajaan bersetuju penganjuran terbabit dibenarkan untuk sektor kerajaan dan swasta.

Kebenaran ini adalah tertakluk kepada SOP yang ditetapkan dengan jumlah maksima 250 peserta mengikut kapasiti ruang penganjuran.

Setiap peserta yang hadir juga diwajibkan memuat turun aplikasi MySejahtera dan mengimbas QR code sewaktu proses pendaftaran.

Selain itu, peserta yang mempunyai rekod Patient Under Investigation (PUI) dan Person Under Surveillance (PUS) tidak dibenarkan menghadiri seminar tersebut.

Malah penganjuran majlis di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) adalah dilarang sama sekali.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply