Pelakon Jue Aziz mengesahkan dirinya positif Covid-19.
Jue menerusi hantaran di Instagram berkata dia mengalami gejala seperti batuk, demam dan sakit kepala selain hilang deria rasa.
“Tolong doakan kesihatan saya. Saya positif Covid-19. Simptom batuk, demam, sakit kepala, selesema dan hilang deria rasa. Nak makan dan buang air selalu rasa ngilu.
“Yang paling tak tahan menggigil sejuk ke tulang dan ‘lemau’ seperti demam sakit urat,” tulisnya di Instagram.
Jue memohon maaf kepada semua andai ada khilafnya sebelum ini.
“Saya ingin memohon maaf sekiranya ada buat salah, sengaja atau tidak. Harap dimaafkan. Semoga Allah membalas jasa baik semua atas doa kalian, amin,” katanya.
Semoga Jue diberi kesembuhan. –THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.syabu dianggarkan 11.90 gram.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply