Tuesday, May 21, 2024
HomeBERITAJualan melonjak, Walmart akan naikkan gaji pekerja

Jualan melonjak, Walmart akan naikkan gaji pekerja

Syarikat Peruncitan Multinasional Amerika Syarikat (AS), Walmart melaporkan penjualan yang meningkat dikala seluruh dunia menghadapi wabak koronavirus dan mengumumkan kenaikan gaji serta bercadang melengkapkan teknologi yang baik berdasarkan pembelian secara online yang semakin memberangsangkan.

Umum mengetahui, Walmart telah menjadi kedai sehenti pilihan ramai terutama ketika serangan wabak COVID-19 melanda dan akan menaikkan gaji kira-kira 425,000 pekerja di AS.

“Walmart amat kukuh dan kami menjadikannya lebih kuat dengan pelaburan yang disasarkan untuk mempercepat pertumbuhan,” kata Ketua Eksekutif, Doug McMillon.

Terdahulu, Walmart melaporkan kerugian suku keempat sebanyak 2.1 bilion USD (RM8.5 bilion) dari penjualan aset, berbanding dengan keuntungan 4.1 bilion USD  pada tempoh tahun lalu.

Pendapatan meningkat 7.3 peratus menjadi 152.1 bilion USD ketika syarikat itu menunjukkan kenaikan dari musim percutian yang dan kenaikan dari pakej rangsangan kerajaan AS yang baharu pada akhir tahun 2020.

Untuk sepanjang tahun 2020, Walmart melaporkan keuntungan 13.5 bilion USD, iaitu penurunan 9.8 peratus namun pendapatan tahunan melonjak sehingga 6.7 peratus iaitu 524 bilion USD.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments