Wednesday, May 29, 2024
HomeBERITAJualan Murah Keluarga Malaysia dapat sambutan menggalakkan, diperluaskan ke negeri lain

Jualan Murah Keluarga Malaysia dapat sambutan menggalakkan, diperluaskan ke negeri lain

Putrajaya, 12 September – Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (PJMKM) telah mendapat sambutan menggalakkan daripada Keluarga Malaysia.

Justeru kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa usaha pelaksanaan jualan murah Keluarga Malaysia akan dilipatgandakan.

Tan Sri Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata setakat ini ia sudah dilaksanakan di 454 Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu 71 peratus daripada 639 DUN yang disasarkan.

“Program PJMKM sudah meningkat di beberapa negeri dan usaha (laksanakan PJMKM) perlu dilipatgandakan lagi. Ini kerana ada beberapa negeri agak perlahan pelaksanaannya seperti Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan kawasan tertentu di Sarawak,” katanya.

Tan Sri Annuar (tengah) bersama Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid (kiri) dan Ketua Setiausaha KPDNHEP Datuk Azman Mohd Yusof (kanan)

Tan Sri Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata setakat ini ia sudah dilaksanakan di 454 Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu 71 peratus daripada 639 DUN yang disasarkan.

Hadir sama, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid dan Ketua Setiausaha KPDNHEP Datuk Azman Mohd Yusof.

PJMKM yang bermula 3 September lalu, adalah program yang memberi akses kepada rakyat untuk mendapatkan barangan lebih murah pada setiap minggu secara dalam talian.

Program itu memberikan diskaun pembelian secara dalam talian, dikendalikan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dengan kerjasama 17 platform e-dagang terpilih dari luar negara dan tempatan.

Tan Sri Annuar, berkata program itu akan berlangsung selama empat bulan, bermula akan bermula 3 September lalu hingga Disember depan, dengan peruntukan dana kerajaan sebanyak RM300 juta bagi pelaksanaannya.

Katanya, program berkenaan tidak tertumpu kepada jualan barangan basah sahaja, sebaliknya diperluaskan pada perkhidmatan lain yang membabitkan perbelanjaan rakyat, termasuk pelancongan, produk kraf, halal, pertanian dan barangan Malaysia yang ingin dijual ke luar negara.

Tambah beliau, mereka yang ingin buat pembelian perlu masukkan maklumat kad pengenalan untuk setiap transaksi bagi mengelakkan ia disalah guna.

“Pembeli juga akan mendapat baucar 20 peratus diskaun bagi barangan dibeli yang dihadkan kepada satu transaksi dan selepas dipecahkan kepada beberapa segmen, ia akan memberi manfaat (dianggarkan) lebih kurang 120 juta transaksi dalam tempoh sebulan membabitkan keluarga, pembeli dan pengguna,” katanya.

–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments