Perkongsian anak kelahiran Negeri Terengganu, Md Azizi di laman Facebook miliknya boleh dijadikan inspirasi untuk anak muda di luar sana.
Azizi menceritakan di entri Facebooknya jerih-perih sebelum terbinanya perniagaan santan yang diusahakan bersama adiknya yang diberi nama Santan Adik Beradik.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1789980784467139&id=100003657052375
Menurut Azizi, pada awalnya dia ingin membuka sebuah kedai namun ada beberapa orang kampung yang tidak memberikan sokongan dengan mengatakan tidak elok membuka kedai di kawasan berkenaan dan mendoakan perniagaannya tidak mendapat sambutan.
Namun dengan takdir dan rezeki yang sudah ditentukan, baharu sebulan berniaga perniagaan santan mereka mendapat sokongan dari orang kampung.
Tambah Azizi, ketika mahu mula membuka perniagaan terbabit, mereka tidak meminta modal permulaan dengan sesiapa.
Kesemuanya melalui usaha mereka malah adiknya menjual motosikal kesayangannya manakala Azizi menggunakan duit simpanan sekaligus melupakan hasratnya untuk membeli sebuah kereta.
Tambahnya lagi, pada mulanya dia agak kekok melakukan kerja-kerja menguruskan kelapa dan santan, almaklumlah dia sebelum ini bekerja sebagai ‘welder’ manakala adiknya bekerja sebagai penghantar makanan.
Namun kesungguhan dan semangat pada diri sendiri mengatasi segala kerumitan.
Di akhir entrinya, Azizi sempat memberitahu dia juga tidak tahu dari mana datangnya keberanian untuk membuka perniagaan sendiri sambil meminta warganet mendoakan kejayaan mereka.
Di ruang komen, kenalan Facebook turut menyokong dan mendoakan agar mereka diberi kejayaan malah ada juga yang memuji santan yang dijualnya berkualiti tinggi.
Leave a Reply