Monday, May 20, 2024
HomeBERITA#JOMDAFTARSSM2020 sasar 2,020 pendaftaran perniagaan dalam masa sehari

#JOMDAFTARSSM2020 sasar 2,020 pendaftaran perniagaan dalam masa sehari

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai pendaftar dan pengawal selia korporat terulung dalam mendaftarkan perniagaan di Malaysia mengadakan program #JOMDAFTARSSM2020 bertujuan mendapat 2,020 pendaftaran perniagaan di seluruh Malaysia dalam tempoh sehari.

Sasaran ini juga merupakan cubaan SSM untuk memperolehi pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBR) sebagai agensi pertama yang mencipta rekod pendaftaran perniagaan terbanyak dalam tempoh satu hari di seluruh Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Dr. Azman Hussin berkata melalui program terbabit, SSM telah menyampaikan sijil khas pelanggan SSM dari MBR sebagai tanda penghargaan kepada setiap pelanggan yang menyertai program #JOMDAFTARSSM2020.

“Saya amat berbangga dan bersyukur kerana SSM berjaya menganjurkan program ini bagi meningkatkan pendaftaran perniagaan di Malaysia.

“Ini adalah selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) Malaysia yang telah diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia dalam membangunkan ekosistem Perniagaan dan industri yang holistik di Malaysia,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, bagi orang ramai yang ingin mendaftar perniagaan, sila kunjungi cawangan-cawangan SSM di seluruh negara atau layari https://ezbiz.ssm.com.my/.

“Atau untuk maklumat lanjut, sila hubungi sila berhubung Pusat Panggilan SSM di talian 03-7721 4000 atau emel ke enquiry@ssm.com.my.”

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceSSM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments