Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAJom uji benar-benar lapar atau lapar palsu?

Jom uji benar-benar lapar atau lapar palsu?

Pengambilan diet seimbang adalah penting dalam usaha mendapatkan berat badan ideal seterusnya memastikan kesihatan berada pada tahap yang baik.

Pengambilan sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam diselang-seli dengan snek sihat di antara waktu makan utama di atas disaran agar tubuh badan mendapat nutrisi yang diperlukan.

Bagi anda yang sedang mengawal atau mengurangkan berat badan, berhati-hati dengan makanan berkarbohidrat dan lebihkan makanan berserat, sayur-sayuran dan buah-buahan terutama sekali sewaktu makan malam.

Tetapi jika masih berasa lapar walaupun perut telah diisi, uji diri anda. Adakah anda benar-benar lapar atau sekadar lapar palsu?

Menurut pakar, jika kita masih lapar sesudah makan, cuba tip begini. Minum air kosong atau air putih dan tunggu sehingga 10 minit. Jika masih berasa lapar, minum air kosong sekali lagi dan tunggu 10 minit semula.

Nah, jika masih lapar, barulah anda makan. Itu menandakan anda masih belum mendapat makanan secukupnya. Jika tidak, itu hanyalah imaginasi anda.

Tapi, berhati-hati, jangan berlebihan pula ya😅 Memadailah dengan bersedarhana. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments