Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAJom kita bantu JKM cari waris Hasani

Jom kita bantu JKM cari waris Hasani

Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Sik sedang mengesan waris dan ibu kandung kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun yang dirujuk oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sik pada 2018.

Lapor Harian Metro Pegawai Kebajikan Masyarakat Sik, Shamrul Izrin Isahak, berkata kanak-kanak yang dikenali sebagai Hasani itu kini di bawah jagaan JKM selama tiga tahun.

“Memandangkan pada ketika itu tiada ahli keluarga atau waris yang tampil untuk menuntut kanak- kanak ini, Mahkamah Kanak-Kanak Sik memerintahkan agar kanak-kanak ini diletakkan dalam jagaan JKM mengikut Seksyen 30 (1) (d) Akta Kanak Kanak 2001 Pindaan 2016.

“Tarikh sebutan yang akan datang di Mahkamah Bagi Kanak Kanak Daerah Sik adalah pada 11 November depan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Shamrul Izrin berkata waris kanak-kanak ini dikenali sebagai Aisyah dan Abdullah masing-masing berusia 30-an berasal dari Kampung Baru Seri Dacing, di sini.

Katanya, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai waris Hasani diminta menghubungi Pegawai Pelindung Kanak-Kanak Pejabat Kabajikan Masyarakat Daerah Sik, Mohd Asri Abdullah dengan kadar segera di nombor 04-4690230.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments