Wednesday, July 10, 2024
HomeBERITAJom Cuci Masjid edisi ke-39 diteruskan di Kapar, Klang

Jom Cuci Masjid edisi ke-39 diteruskan di Kapar, Klang

Program Jom Cuci Masjid atau JCM, diteruskan apabila Masjid Al-Ehsan, Kampung Tok Muda, Kapar, Klang dipilih sebagai lokasi edisi ke-39, program amal itu.

Ia sekaligus menjadikan masjid berkenaan, yang kedua selepas program berkenaan disambung semula selepas dihentikan gara-gara pendamik Covid 19.

Majlis pelepasan konvoi atau “Flag Off” disempurnakan di laluan jalan utama, di Sri Pentas, Bandar Utama.

Program kali ini, menerima sambutan lebih besar apabila disertai 300 lebih penunggang motosikal berkuasa tinggi serta 30 kenderaan pengiring yang berkumpul di tol Bandar Bukit Raja Klang untuk berkonvoi ke lokasi yang telah dipilih iaitu Masjid Al-Ehsan, Kampung Tok Muda, Kapar, Klang, kira-kira sejam dari Bandar Utama.

Selepas peserta bersarapan, “Lempeng Ijo” mereka memulakan aktiviti dengan melakukan solat Dhuha secara berjemaah.

Selepas itu acara mencuci dan membersih masjid bermula, yang turut disertai penduduk kampung, terutama daripada kariah Masjid.

Acara lebih meriah apabila kali ini disertai beberapa pertubuhan termasuk Majlis Perbandaran Klang yang menghantar petugas, membersih serta mengindahkan kawasan masjid dengan menanam bunga serta

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Penguasa Tempatan, Jabatan Penerangan Malaysia, Klang, serta Persatuan Artis-Artis tanahair, Seniman..

Kira-kira jam 10 pagi, kerja mencuci dan membersih masjid serta kawasan sekitar oleh peserta dan penduduk kampung bermula.

Manakala para Bikers melakukan kerja membersih Tanah Perkuburan Islam Kg Tok Muda, Kapar.

Selesai tugasan masing-masing, peserta serta bergerak ke Jeti Pengkalan Nelayan,Tok Muda, Kapar untuk terbabit dalam program “Bicara Santai” oleh penceramah, Ustaz Hanafiah Abdul Malek iaitu Presiden Sifu Bikerz dan Ustaz Yusri Abd Karim dari Pondok Nurul Hasanah

Tidak ketinggalan, Bicara Santai yang turut disertai bekas deejay terkenal Hot FM, Faizal Ismail atau FBI.

Selesai program ini, peserta bergerak semula ke Masjid Al-Ehsan, Kampung Tok Muda untuk solat Zohor berjemaah.

Dan peserta dijamu makan tengahari, dengan masakan “AMBENG MUDA”.

Ketua Kampung Tok Muda, Shamsuddin Bin Leman berkata dia berasa besar hati kerana program ini mendapat sambutan luar dugaan.

“Alhamdulillah, masjid juga dapat dibersihkan, diimarahkan dengan solat berjemaah,” katanya.

Program berakhir dengan wakil JCM menyampaikan barangan keperluan asas kepada asnaf di kawasan berkenaan.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments