Nasi goreng memang enak dimakan terutamanya jika dihidangkan panas-panas.
Pelbagai jenis nasi goreng boleh kita jamu antaranya nasi kampung, nasi goreng cili padi, nasi goreng seafood, nasi goreng papaya dan nasi goreng belacan.
Jika anda kehabisan idea atau bosan dengan hidangan nasi goreng biasa, bagaimana dengan nasi goreng nescafe.
Nasi goreng nescafe? Biar betul.

Menerusi Instagram @meletop ada menaikmuat klip video kaedah menyediakan nasi goreng nescafe ini.
Sudah pasti perkongsian ini menerima reaksi pelik pengikut, namun tidak kurang pula yang mahu mencubanya.
Haa, apa salahnya sesekali tukar selera, jom cuba Nasi Goreng Nescafe. –THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply