Saturday, June 22, 2024
HomeBERITAJom baca perkongsian Dr Taufiq Razif tentang Digital Kidnappers!

Jom baca perkongsian Dr Taufiq Razif tentang Digital Kidnappers!

Seram sungguh apabila mendapat tahu rupanya sekarang ni kanak-kanak bukan sahaja berdepan dengan bahaya penculikan secara fizikal dan realiti.

Ayuh kita baca perkongsian Dr Taufiq Razif yang boleh dijadikan panduan dan pengetahuan taktik terkini sipenjahat!

Di zaman serba canggih kini, kanak-kanak juga berhadapan dengan trick jahat terbaharu yang dinamakan Digital Kidnappers.

Apa itu Digital Kidnappers?

Digital Kidnappers merupakan satu taktik penculikan secara digital yang mana individu tidak bertanggungjawab ini akan mengambil gambar yang sering dikongsikan oleh ibu bapa di laman media sosial.

“Mereka akan ‘menculik’ gambar dan identiti kanak-kanak berkenaan dan dan memuatnaik kembali gambar yang sama dengan menjadikan seolah olah ianya adalah identiti anak kita.

“Yang lebih seram lagi kalau mereka berkenan, maka anak kecil itu akan ‘diintip’ dan dijadikan anak mereka dari kecil sampailah dewasa.

“Saya tak kata tak boleh upload langsung gambar anak tetapi tolong berhati hati sangat, tapis friendlist dan limitkan akses gambar anak anda terutamanya kalau kita rasa ada sesuatu yang tak kena,” ujarnya.

Dalam pada itu, Dr Taufiq turut menasihatkan agar ibu bapa tidak mendedahkan lokasi sekolah, rumah dan perjalanan anak-anak.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3261114730575119&id=100000298721020&sfnsn=mo

Turut ditegaskan agar ibu bapa tidak mendedahkan gambar aib atau gambar bogel anak, nombor kad pengenalan dan juga lain-lain maklumat yang boleh mendedahkan anak kita kepada Physical mahupun Digital Kidnappers.

Pengguna Facebook pastinya sedia maklum akan satu ‘posting’ yang memerlukan ibu bapa berkongsi beberapa maklumat peribadi anak-anak seperti dimana tempat lahir, tarikh lahir, berat semasa lahir dan beberapa lagi maklumat lain bersama gambar kanak-kanak berkenaan.

Itu merupakan salah satu cara untuk memudahkan ‘kerja’ Digital Kidnappers kerana kita sebagai ibu bapa sendiri yang membantu memudahkan kerja mereka dengan berkongsi maklumat peribadi anak-anak di laman sosial.

Benar, ianya mungkin untuk kenangan di masa akan datang, namun lebih baik ianya hanya disimpan untuk diri sendiri sebelum menyesal di kemudian hari.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments