Wanita yang memakai kasut bertumit tinggi kelihatan anggun, berkeyakinan dan postur badan juga menjadi lebih bergaya.
Di sebalik itu, ada harga yang perlu dibayar untuk kecantikan ini.
Menurut pakar, pemakaian kasut tumit tinggi yang terlalu lama akan memberi kesan tidak baik kepada kesihatan. Antaranya ialah sakit belakang, sakit kaki dan melecet di tumit dan jari.
Di sini, kami sertakan tips yang mungkin boleh diadaptasi apabila anda merancang untuk membeli dan menggayakan kasut bertumit tinggi.
1. Belian dalam talian
Elakkan membeli kasut secara online!
Kasut sepatutnya dicuba. Walaupun saiz kasut dan kaki telah diketahui, kita perlu pastikan potongan dan design kasut benar-benar sesuai dengan kaki. Sebaik saja kasut disarungkan, jari kaki seperlunya masih ada ruang untuk bergerak dan tidak terhimpit. Jika tidak, kaki boleh melecet dan lama kelamaan bentuk tulang jari akan berubah dan ‘cacat’. Ia dikenali sebagai jemari ‘hammer’.
Percayakah anda, ramai model dan selebriti terkenal mengalami masalah ini.
2. Ketinggian!
Menurut pakar, 2 inci cukuplah! Jika ketinggian lebih dari itu, bukan saja tidak elok untuk tulang kaki, takut juga terpelecok! Siapa yang malu kan ????
3. Sepatu tinggi mestilah mempunyai posisi betul kepada kaki
Maksudnya, tumit kasut sepatutnya berada betul betul di bawah tulang kaki. Sedari atau tidak, ada rekaan kasut yang kedudukan tumitnya berada terbelakang dan tidak selari dengan tulang kaki. Ini salah!
4. Material
Penggunaan material yang keras boleh menyebabkan kaki melecet. Begitu juga penggunaan material plastik menyebabkan kaki berpeluh dan mengundang bau kurang enak. Cuba letakkan kusyen tapak kaki yang mengandungi gel lembut bagi memberi keselesaan dan mengurangkan kesakitan. Pastikan penyembur nyahbau dan plaster sentiasa ada bersama anda. Kita tidak tahu bila kita perlukannya.
5. Pulih dan rawat
Aduh! Bayangkan kita memakai kasut tumit tinggi sepanjang hari atau sepanjang malam berparti! Wajib pakai ketika bertugas, berdiri berjam lamanya. Eh nak jumpa client takkan pakai kasut sarung pula kan!
Dah sampai rumah, aduh sakitnya kaki tak terkata!
Rendamlah kaki dalam air sejuk yang dipenuhi ais bagi mengurangkan rasa sakit. Rendaman 15 minit mampu mengurangkan rasa bengkak. Tambahkan dengan lemon untuk kesegaran ya! Sapu krim bagi melembutkan kaki dan mencegah tumit pecah atau melecet.
Atau jom manjakan diri dengan rawatan reflexologi.
Nak cantik bukan lah mudah. Perlu ada pengorbanan dan pelaburan. Paling penting, janganlah sampai mengundang bahaya dan menjejaskan kesihatan ya! ✌???? –THE MALAYA POST
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost
Leave a Reply