Friday, July 19, 2024
HomeBERITAJlo dan Alex Rodriguez rancang kahwin tahun hadapan

Jlo dan Alex Rodriguez rancang kahwin tahun hadapan

Penyanyi dan bintang filem muzikal ‘Selena’, Jennifer Lopez telah memulakan latihan untuk Super Bowl Halftime Show dan dari latihan keras, ianya pasti menjadi persembahan yang tidak dapat dilupakan.

Tunangnya, Alex Rodriguez, 44, mengambil alih Instagramnya selama dua hari terakhir untuk berkongsi detik-detik latihan, dan J.Lo tersenyum dengan sekumpulan gadis muda serta salah seorang darinya menayangkan gerakan tariannya.

Seperti Jennifer meraikan akhir tahun, dia memandang ke hadapan untuk tahun baru penuh dengan perkara-perkara yang luar biasa.

Di samping akan melakukan persembahan di Super Bowl 2020, dia telah dinamakan dalam Anugerah Golden Globe 2020 sebagai Best Supporting Actress in a Motion Picture untuk lakonannya dalam filem Hustlers.

Dia juga merancang perkahwinannya yang akan datang dengan Alex, walaupun mereka belum mengumumkan tarikh rasmi, ianya mungkin berlaku pada tahun 2020.

Mereka telah memberikan beberapa petunjuk mengenai hari besarnya itu, termasuk berkemungkinan besar akan menjadi perkahwinan di dalam gereja.

“Tidak lama lagi, tetapi tahun depan,” kata Jennifer baru-baru ini mengenai tarikh perkahwinan dalam rakaman video.

“Saya mahukan perkahwinan besar. Dan saya ingin berkahwin di dalam gereja kali ini. Saya tidak pernah berkahwin di dalam sebuah gereja.”

Kami gembira melihat apa yang dicapai Jennifer pada tahun baru! Dengan bakat sepertinya, dia tidak pernah gagal untuk menghiburkan dan kami berada disini untuknya!

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments