Thursday, July 11, 2024
HomeBERITAJKM telah agih bekalan keperluan makanan di kawasan PKPD ke-7

JKM telah agih bekalan keperluan makanan di kawasan PKPD ke-7

Susulan arahan PKPD ke-7 dilaksanakan, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bekalan keperluan makanan telah diagihkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada setiap penghuni di kawasan berkenaan.

Manakala, semua aktiviti perniagaan di kawasan terlibat diberhentikan serta merta hari ini dan bekalan perubatan akan dibuka bagi proses pemeriksaan kesihatan dan sebagainya.

Semua laluan keluar masuk juga telah ditutup dan dikawal ketat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Jabatan RELA di seluruh kawasan.

Dengan pelaksanaan ini, semua penduduk akan menjalani ujian saringan kesihatan bagi memastikan mereka bersih daripada jangkitan penyakit berkenaan.

Menurut beliau, langkah ini adalah merupakan satu inisiatif kerajaan untuk membendung jangkitan COVID-19 setelah mengambil kira keberangkalian jalinan jangkitan COVID-19 di Pasar Harian Kuala Lumpur dan Pasar Borong Kuala Lumpur.

SIARAN LANGSUNG:SIDANG MEDIA (NON HEALTH) SELEPAS MESYUARAT KHAS MENTERI-MENTERI MENGENAI PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN OLEH YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, MENTERI KANAN PERTAHANAN.

SIARAN LANGSUNG:SIDANG MEDIA (NON HEALTH) SELEPAS MESYUARAT KHAS MENTERI-MENTERI MENGENAI PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKANOLEH YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, MENTERI KANAN PERTAHANAN.

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Jumat, 24 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments