Thursday, June 13, 2024
HomeBERITAJKM percepat bayaran bulanan kepada penerima bantuan pada 25 Mac

JKM percepat bayaran bulanan kepada penerima bantuan pada 25 Mac

Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Dato’ Seri Rina Mohd Harun menzahirkan rasa prihatin terhadap kumpulan sasar kementerian yang terkesan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikeluarkan oleh Perdana Menteri bermula 18 Mac sehingga penghujung bulan Mac depan.

Menurutnya, KPWKM menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memutuskan untuk mempercepatkan bantuan bulanan kepada semua penerima bantuan bagi bulan April 2020 dan semua penerima bantuan akan mendapat bantuan bermula 25 Mac iaitu pada hari Rabu depan.

Bantuan yang melibatkan kos sebanyak RM150 juta akan disalurkan kepada 500,000 penerima dan akan dibayar 15 hari lebih awal dari tarikh asal.

Pihak kementerian berharap langkah ini dapat membantu kumpulan sasar ini menjalani kehidupan yang sejahtera sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa.

– THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments