Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAJika terus patuh SOP, tidak mustahil lebih banyak masjid dan surau akan...

Jika terus patuh SOP, tidak mustahil lebih banyak masjid dan surau akan dibuka

Kelmarin merupakan hari pertama masjid-masjid di Wilayah Persekutuan dibuka untuk Solat Jumaat dengan jumlah 1/3 daripada kapasiti sebenar.

Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, melalui pemantauan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati kesemua masjid di Wilayah Persekutuan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

“PDRM juga melaporkan melalui pemantauan ketua-ketua polis daerah mendapati masjid-masjid di seluruh negara juga mematuhi SOP yang telah ditetapkan,” ujarnya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan terhadap pihak polis yang membuat kawalan dan berterima kasih kepada ahli-ahli jawatankuasa masjid serta semua jemaah yang patuh SOP yang telah ditetapkan.

Tambahnya lagi, beliau yakin dengan pematuhan yang diamalkan itu tidak mustahil akan lebih banyak masjid dan juga surau yang akan dibuka.

SIARAN LANGSUNG SIDANG MEDIA (NON HEALTH) SELEPAS MESYUARAT KHAS MENTERI-MENTERI MENGENAI PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN…

Posted by Jabatan Perdana Menteri on Friday, 12 June 2020

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments