Ketibaan vaksin COVID-19 dalam negara minggu lalu mendapat perhatian seluruh masyarakat di Malaysia.
Pendaftaran bagi mendapatkan giliran menerima suntikan vaksin menerusi aplikasi MySejahtera juga telah dibuka kepada orang ramai.
Namun, pihak kerajaan telah menyenaraikan penerima pertama bagi program vaksinasi ini adalah untuk ‘frontliners’ yang terdiri dari petugas kesihatan, anggota keselamatan dan individu penting yang bekerja setiap hari berdepan dengan risiko wabak pandemik ini.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin dalam perkongsian di platform Twitter miliknya menyatakan pihak kementerian mengambil berat laporan yang mendakwa ada beberapa pihak yang cuba ‘memotong barisan’ atau ‘langkau giliran’ dalam usaha mendapatkan suntikan vaksin serta akan membuat siasatan seterusnya mengambil tindakan ke atas perilaku yang melanggar perancangan kerajaan ini.

Beliau juga menyarankan sekiranya mana-mana individy mempunyai informasi mengenai mana mana individu yang cuba memotong barisan untuk kepentingan peribadi dan keluarga, sila laporkan secara terus kepadanya melalui kj@mosti.gov.my .

Haiii…Nak suntik vaksin pun guna kedudukan dan pangkat ke???
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply